Thursday, December 20, 2012

Visualisasi Dalam Meditasi

-->

Sebelum visual dalam meditasi apa-apa yang kita inginkan, sebaiknya kita SENARAIKAN RANGKANYA DALAM KERTAS. Senaraikan apa yang kita inginkan secara JELAS, SPESIFIK & SATU PERSATU supaya apabila dalam meditasi nanti visualisasi menjadi lebih mudah. Dan sila baca LIST yang kita ingini itu di setiap kali ingin meditasi UMUM atau KUNDALINI REIKI.
 
Sebagai contoh KERETA. Kereta apa, warna, model, bila nak, nak jadi pemandu kereta tu sendiri atau bos kat belakang dsb. Jika ada gambar lagi bagus. Renung dan halusi setiap objek gambar tersebut.
Jadi semasa meditasi, dalam keadaan tenang (alpha state), visualkan kereta idaman. Pastikan betul-betul tenang ketika itu, jika tidak minda sedar akan mendominan... bila dah tenang, maka minda bawah sedar terbuka dan bersedia untuk dihubung dengan lebih dekat.
Kemudian, VISUALKAN BERSAHAJA, tidak perlu fokus hingga kerut dahi. Bersahaja. Layarkan visual tesebut di minda berulang-ulang dengan PERASAAN SUDAH MEMILIKI, SEDANG MENIKMATI KERETA TERSEBUT, SEDANG MEMBAWA KERETA, SEDANG BASUH KERETA, SEDANG ISI MINYAK KERETA DAN VISUAL SEOLAH-OLAH DALAM REALITI... SEMUANYA ‘SEDANG’, bukan ‘AKAN’.
Minda bawah sedar berkait dengan PERASAAN. Jadi RASAKAN ketika visual. Sebaiknya visual yang sama 'keadaan' diulang tayang dalam meditasi. Dan dalam setiap kali meditasi hari berikutnya sehinggalah ia menjadi kenyataan. Lakukan setiap hari, atau 3x seminggu. Dalam 5 minit setiap kali meditasi. Tumpu pada satu-satu keinginan@hajat dalam 1 sesi meditasi. Jika mampu sebaiknya buatlah solat hajat kemudian barulah bermeditasi.
Meditasi khusus untuk visual ini, tidak perlu skema sangat, maksudnya tidak perlu semata-mata duduk bersila. Boleh saja duduk sandar atas sofa@kerusi sambil dengar mp3 muzik meditasi. Boleh juga ketika baring.
Bila dah visual + perasaan tu, niat KUNCI HAJAT TU DENGAN LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLA BILLAAHIL ‘ALIYYIL 'ADZHIM. Bermaksud tiadalah daya upaya, tenaga, kekuatan aku mewujudkan apa yang aku ingini itu kecuali dengan daya upaya, tenaga, kekuatan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.
Kemudian bila selesai, ucap Alhamdulillah.
p.s. Harus yakin, tujuan visualisasi ni adalah sebagai usaha saranan minda kita ke arah apa yang kita inginkan. Ia boleh difahami sebagai PROGRAMMING. Kita program diri kita, minda kita. Bila kerap lakukannya maka dengan izin Allah jasad kita akan bergerak mengikut apa yang telah kita PROGRAMkan. Simple saja. Bayangkan jika kita tak program diri dalam kehidupan. Matlamat keinginan tak jelas, apa jadi? Hidup berlalu seperti biasa. Bila kita tidak program diri, maka kehidupan yang berlalu akan bergerak atas apa yang telah kita programkan sebelum ini samada secara sengaja atau tidak. Hakikatnya Allah telah menentukan kehidupan kita dari awal hingga akhir. Sebagai hambaNYA, apakah kita harus berserah tanpa usaha? Apakah kita tahu apa yang telah DITENTUKAN oleh Allah di waktu akan datang? Jadi, sama-sama kita usaha dan bermohon kepada Allah utk re-program diri kita ke arah kebaikan dunia akhirat.
Soal terwujud keinginan itu atau tidak, bukan hak dan urusan kita, bukan kerana visual meditasi tetapi hak dan urusan Allah. Kita usaha saja. Inilah di antara rahsia keilmuan metafizik.
Sebagai latihan permulaan, buatlah visualisasi @ imaginasi yang kecil-kecil dahulu. Seperti contoh:
- kawan belanja makan
- dapat hadiah dari suami@isteri
- handphone baru
- beg tangan baru
- dan lain-lain.
Soal dapat PERCUMA ATAU KELUAR DUIT SENDIRI, itu soal kedua. Yang penting apa yang kita inginkan itu dapat dimiliki. Jika percuma, Alhamdulillah. Rezeki tu ambil saja la. :-)
Teknik visualisasi ini mudah. Perlu diketahui bukan saja untuk kebendaan saja tetapi visualisasi ini boleh digunakan untuk perhubungan, kerjaya, keluarga, kesihatan, perilaku dsb.
Jika ada yang kurang jelas, silalah bertanya.


No comments: