Thursday, December 20, 2012

Huraian Reiki

-->


Reiki itu:
  • Sebuah bentuk terapi komplimentari
  • Menggunakan tenaga alam (bukan tenaga dalam)
  • Bersifat universal (alami) bukan fahaman agama, bangsa, budaya dll.
  • Bersifat medikal – bukan jampi serapah atau seumpamanya.
  • Bersifat terapi fitrah atau alami – daya kebolehan sistem imunisasi & kebolehan atau daya penyembuhan diri sendiri.
  • Bersifat teknikal – boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja seperti memandu, menulis dll.
  • Bersifat skil peribadi - bukan pergantungan ubat, alat, nutrisi, kristal dll
  • Bersifat disiplin ilmu dan perlatihan – tidak bergantung pada azimat, tangkal, jin, khadam, mantra, simbol atau sebaginya.
  • Ilmu sains tenaga hayat – mempelajarinya umpama mendalami ilmu mengenal sistem tenaga pada diri. Menguasainya umpama menguasai sistem perisai diri, keharmonian dan kesihatan diri.
  • Ilmu yang membicarakan tentang aura – perisai atau pakaian metafizik diluar tubuh fizik (gelombang arus elektromagnetik di sekeliling tubuh). Memahami aura, cara penjagaan dan penjanaannya.
  • Ilmu yang membicarakan tentang cakra – pusat tenaga hayat tubuh yang berada di dalam sistem tubuh manusia.
  • Ilmu yang membicarakan tentang energi / tenaga / chi / prana / qudrah / kudrat dll. Memahami sumber tenaga alam, aplikasi energi pada tubuh, penjagaan dan penjanaan energi ini.
  • Merawat sistem bio-energi (tenaga hayat) – aura, chakra, kundalini, nadis, sistem neuro (otak), saraf dll.
  • Suatu terapi yang merehatkan minda dan emosi
  • Menggunakan teknik sentuhan lembut tangan – bukan urutan namun boleh digabungkan dengan urutan atau teknik seumpamanya seperti refleksologi.
  • Merawat sistem metafizik (ghaib: minda/emosi/ /aura /cakra dll) & fizik (sistem badan/organ/pancaindera dll) tubuh manusia
  • Merawat sistem gelombang tenaga elektromagnetik tubuh – kesan radiasi alam, keseimbangan tenaga panas sejuk, frekuensi tinggi rendah, penjagaan dan penjanaan energi dll.
Manusia secara semulajadi sudahpun mengaplikasikan energi ini sejak kelahirannya. Memahami ilmu ini akan memberi pengetahuan tentang apa yang telah sedia-ada pada manusia. Menguasainya akan meningkatkan kesan kemanfaatan energi alam ini pada tubuh.

No comments: