-->
Salam kepada pembaca setia blog ini. Kali saya ingin berkongsi tentang AFIRMASI.
Sebelum itu, Anda boleh download ebook percuma Power Affirmations di sini.
Salah satu dari teknik Kuasa Minda yang perlu Anda semua tahu adalah Afirmasi. Afirmasi adalah kata-kata positif yang terus diulang-ulang kenyataannya samada secara lisan atau dalam hati. Anda menggunakan afirmasi ini untuk apa saja yang Anda inginkan ianya terjadi.
Sebagai contoh: Jika Anda seorang penulis dan buntu mencari idea, Anda boleh gunakan afirmasi seperti "Aku dilimpahi banyak idea menulis". Dengan mengulangi afirmasi ini berulang kali pastikan Anda dalam keadaan TENANG.
Sebab, bila menyebut tentang afirmasi, ia sebenarnya berkait rapat dengan ilmu kuasa minda dan sudah pasti kuasa minda menggunakan minda separa sedar. Untuk berkomunikasi dengan minda separa sedar, Anda perlu tenang. Dalam gelombang otaknya dipanggil 'alpha state'. Bukan alpa ok, yang tu lalai. :-)
Apa rasionalnya afirmasi ini? Sebabnya apabila Anda ucapkan apa saja berulang kali ia akan memberi kesan ke atas minda dan fikiran Anda. Cuba Anda ucapkan berulang kali perkataan ini "Aku semakin hebat", "Setiap hari dengan apa jua cara Aku bertambah rajin". Apa rasa?
Adalah baiknya untuk kualiti pada setiap afirmasi disertai dengan tenang dan 'hadir rasa'. Anda perlu 'feel', rasakan dan hayati apa yang Anda lafazkan samada lisan ataupun hati.
Jika Anda ucapkan Anda hebat, maka rasakan dan hayati. Kesannya lebih mendalam. Ingat, apa yang Anda fokuskan itu yang Anda akan tarik apa jua yang sinonim dengan ucapan tersebut. Fokus kepada afirmasi yang Anda INGINKAN saja. Ok?
Kalau Anda nak uji, boleh uji sekarang. Dengan mengatur nafas turun naik perlahan, Anda semakin tenang, Anda pejamkan mata dan ucapkan "Aku semakin ceria". Apa rasa? Kalau diulang-ulang, apa rasa? Mesti sedap kan? ;-)
Sekarang saya berikan Anda lima kunci dalam merancang sebuah afirmasi yang pastinya sukses, insyaAllah:
1. Singkat: Anda harus mengucapkan afirmasi Anda dalam satu kali hembusan nafas. Maksudnya di sini, apabila Anda menarik nafas dengan perlahan, hembuskannya dengan perlahan juga disertai dengan ucapan afirmasi Anda. Samada Anda ucapkan dengan kuat, atau dalam hati secara berulang kali. Afirmasi ini mestilah dapat diingat dengan mudah.
2. Sederhana: Sebuah afirmasi memerlukan niat dan kesungguhan yang kuat agar akhirnya dapat menjadi kenyataan. Kalau boleh buatlah satu senarai afirmasi ringkas jika Anda perlukan untuk membuat impian Anda menjadi kenyataan.
3. Realistik: Bila Anda tidak yakin, Anda tidak mungkin mewujudkannya ke alam nyata. Jika Anda membuat afirmasi untuk mendapat wang sebanyak RM100,000 dalam sebulan sedangkan Anda seorang pekerja bergaji RM2,000 sudah pasti takkan berhasil. Anda perlu lakukan secara bertahap sesuai dengan apa yang Anda yakini ianya bakal terjadi. 'Sesedap rasa' la katakan. :-)
4. Positif: Hindarkan penggunaan kata-kata negatif seperti tidak, bukan, jangan ataupun tidak pernah. 'Straight to the point'. Dan hindarkan kata-kata yang mewakili keraguan seperti mungkin, semoga dan sebagainya.
5. Sekarang: Mulailah membuat perubahan sekarang juga! Tidak ada gunanya Anda menunggu waktu yang lebih baik untuk memulakannnya.
Sekarang, tersedia tips afirmasi untuk Anda, Hanya tinggal Anda mula mengamalkannya. Senang cerita, afirmasi adalah doa yang diulang-ulang dengan ucapannya beserta hadir hati dalam keadaan jiwa yang tenang dan mengharap padaNYA.
Bagi pengamal Reiki, afirmasi yang Anda ucapkan adalah beserta dengan energi. Ianya jauh lebih dahsyat! Berhati-hatilah dengan ucapan dan niat Anda. Mungkin Anda secara tidak sedar atau tidak sengaja mengucapkan sesuatu perkataan dan memberi impak kembali ke dalam diri dan kehidupan samada baik atau buruk.
Perhatikan dan renung pada diri apakah afirmasi yang Anda ucapkan selama ini. Ucapkanlah afirmasi yang positif dan baik-baik saja.
Jika Anda ada contoh-contoh afirmasi yang berguna dan menarik, silakan berkongsi di sini.
No comments:
Post a Comment