Wednesday, December 19, 2012

Pengamal Reiki Harus Lakukan...

-->
Salam kasih kepada pembaca blog reiki ini.

Jiwa yang tenang, fikiran yang tenang, jasad yang tenang dan segalanya pada diri tenang menghasilkan tenaga yang kuat dan dahsyat! Walau apa saja aliran perguruan dan jenisnya, tanpa tenang Anda telah gagal di awal perjalanan.

Ada juga yang berkata perlu bersabar. Ya, benar. Memang sabar itu juga penting, tapi sabar itu mendatang kemudian apabila tenang mendiami diri. Berlatih dan berusahalah agar diri dan segala 'komponennya' turut sama tenang.

Aduhai mukadimah sentimental la pulak. Takpa kita renung-renungkanlah ya. ;-)

Baiklah, kepada Anda yang masih baru atau telah lama atau yang akan mengikuti Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia dari saya, ingin saya berkongsi tentang apakah perkara penting yang harus Anda lakukan selepas menerima attunement Reiki.

Kepada Anda yang telah mengkuti Kursus Reiki, sila rujuk Manual Perlatihan Reiki yang diberi. Diharap semua pengamal Reiki termasuk saya mengamalkan apa yang diterangkan nanti:


1. Self Healing (penyembuhan diri sendiri)
2. Meditasi
3. Rawatan (penyembuhan orang lain)


Self Healing (penyembuhan diri sendiri)

Selepas Anda menerima attunement Reiki, terus saja lakukan Self Healing yakni dari hujung rambut ke hujung kaki. Ia bertujuan membersihkan sisa baki kotoran energi negatif yang ada pada tubuh Anda dan tubuh akan menjadi lebih sihat. InsyaAllah. Self Healing yang dilakukan selepas Anda mengambil attunement Reiki biasanya selama 21 hari berturut-turut.

Ramai yang bertanya, "Kalau tertinggal sehari, nak kena ulang balik ke dari mula?"... Tak perlu susahkan diri, tujuan belajar Reiki bukan untuk menyusahkan diri sendiri. Lakukan dengan rela dan santai. Kalau tertinggal harinya, terus saja habiskan baki 21 hari tersebut. Jika Anda benar-benar berdisiplin, pasti ini tidak menjadi alasan.

Selepas melakukan Self Healing 21 hari berturut-turut, Anda harus tetap melakukan Self Healing ini setiap minggu agar kondisi tubuh lebih sihat dan segar. Ini kerana, setiap hari tubuh Anda pasti terdedah dengan radiasi dari perkakasan elektronik, niat, kata-kata, penglihatan yang serba negatif di sekeliling Anda.

Mungkin efek tidak serta merta tetapi, bagi Anda yang peka dapat merasakan perubahan kurang selesa pada tubuh, minda dan jiwa dalam menjalani kehidupan seharian.

Anda boleh rujuk artikel sebelum ini - Pentingnya Penyembuhan Diri.


Meditasi

Teknik ini merupakan latihan pengembangan kemampuan pengamal Reiki untuk meningkatkan kepekaan terhadap energi di sekitarnya. Di samping itu, Anda dapat merehatkan gelombang minda yang seharian letih memproses maklumat. Kebiasaannya kita menggunakan wilayah gelombang Beta dalam kerja seharian.

Jadi, dengan sering mengamalkan meditasi Anda dapat tenangkan minda Anda sambil 'setting' semula program-program minda dengan afirmasi-afirmasi positif untuk motivasikan diri Anda.

Jika Anda sibuk, Anda boleh lakukan latihan Self Healing dan meditasi secara bergantian setiap hari. Kalau hari ni buat Self Healing esok buat meditasi. Begitulah seterusnya...


Rawatan (penyembuhan orang lain)

Salah satu tujuan seseorang belajar terapi energi - Reiki, di antaranya adalah agar dapat membantu kaum keluarga atau orang lain yang sedang sakit.

Mengalirkan energi penyembuhan Reiki kepada orang lain, selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan terhadap pesakit, ia juga sekaligus akan lebih menyihatkan tubuh Anda. Kerana, energi Reiki akan mengalir melalui tubuh Anda dahulu sebelum ke tubuh pesakit.

Bagi pengamal Reiki, Anda tidak perlu khuatir akan kehabisan tenaga apabila kerap melakukan rawatan reiki. Lebih lama Anda alirkan tenaga Reiki lebih bagus dan tidak akan kehabisan tenaga Reiki Anda itu. Sebab teknik Reiki ini berbeza dengan tenaga dalam, di mana jika pengamal tenaga dalam mengalirkan tenaga, maka tenaganya itu adalah tenaga yang bersumber dari dalam diri pengamal tersebut. Sebaliknya tenaga Reiki yang mengalir bukan berasal dari dalam tubuh, tetapi tenaga alam semesta yang berasal dari luar tubuh Anda.

Jadi Anda tak perlu risau, selalulah lakukan 'healing' kepada orang lain.

Kepada yang belum belajar Reiki, peluang masih ada.
Rebutlah peluang ini sekarang! Hubungi saya bila-bila masa ok.


p.s. Anda suka artikel ini?


No comments: