Atas permintaan sahabat-sahabat dan student saya, maka di sini saya perturunkan Kunci Ilmu Pengasih Warisan.
Hehehe... Bunyi macam gempak je. Tapi hakikatnya, ilmu pengasih warisan ini telah saya amalkan dan ianya terlalu mudah nak amalkan. Hasilnya, Anda sendiri dapat menilainya bila dah amal secara istiqamah (berterusan). InsyaAllah.
Kunci ilmu pengasih warisan ini tiada pantang larang dan tiada syarat-syarat ketat. Dan tak perlu pun pada ijazah. Hanya amal dan kalau boleh sampaikanlah kepada sahabat-sahabat yang lain. Nak baca ayat-ayat atau mentera tu memang takda punya. Percayalah...
Perlu diingat, tak semestinya sesuatu ilmu itu nampak mudah tapi tidak ada 'power' di dalamnya. Apapun dalam amalan, kita berserah diri kepada Allah samada jadi atau tidak. Dia yang mengatur dan mengizinkan segalanya.
Mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu kunci ilmu pengasih warisan ni. Hehe... Ok, apa yang diterangkan di bawah dapatlah kiranya Anda semua amal dan sebarkan kepada yang lain. InsyaAllah amat mujarab!
1) Senyum selalu (muka tu mesti selalu nampak manis).
"Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman" :-) Iklan jap.
2) Sebarkan salam pada yang Muslim (samada Anda kenal atau tidak)
3) Hormat. Ini terbahagi kepada 3 pula:
i) Kepada kanak-kanak - kasih akannya
ii) Kepada yang lebih berumur - hormat akannya
iii) Kepada yang 'alim/berilmu - mulia akannya.
4) Berkata yang baik dan benar
5) Penuhi hajat manusia melebihi keperluan Anda.
Setakat ni saya beri 5 sahaja kunci ilmu pengasih warisan. Sebenarnya ada banyak tapi yang lima ni dah cukup. Cuba amalkan, dan lihat hasilnya dalam seminggu ni, insyaAllah pasti hebat!
Kepada Anda yang dah tahu dan amalkan, bolehlah berkongsi di sini. Mana tahu ada lagi yang nak ditambah di sini.
p.s. Kepada student reiki saya, amalkannya dan kesan yang terhasil amat cepat sebab Anda telah pun punyai kekuatan energi. Hanya 'hayun' dan pancarkan energi Anda. :-) InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment