Wednesday, December 19, 2012

Pernafasan 7 Chakra

-->

Ramai orang menganggap bahawa belajar Reiki itu ‘wajib’ melakukan meditasi. Ia tidak menjadi satu kemestian. Asalkan pengamal Reiki sudah mendapatkan penyelarasan (attunement), tanpa melakukan meditasi pun energi Reiki akan mengalir di dalam tubuh pengamalnya.



Namun seiring perjalanan waktu dalam belajar Reiki, meditasi sebaiknya dipraktikkan kerana dengan melakukan meditasi pada hakikatnya Anda mengaktifkan chakra-chakra di dalam tubuh terutamanya chakra-chakra utama sehingga akan memperolehi tubuh yang bersih energinya. Untuk tetap sihat syaratnya pengamal Reiki harus melakukan latihan Reiki sekerap mungkin.


Latihan dalam Reiki iaitu kerap melakukan self healing dan juga melakukan rawatan kepada orang lain baik jarak dekat atau jarak jauh akan semakin meningkatkan kualiti jalur energi pengamal Reiki. Sebagai pengamal Reiki kita hanyalah "medium penyalur" energi ciptaan Ilahi.


Perlu diketahui bahawa energi Reiki tidak akan habis digunakan. Berbeza dengan tenaga dalam. :-) Sebab energi Reiki adalah energi alam semesta yang penuh harmonis. Cukup saja dengan afirmasi / niat lalu mengarahkan energi Reiki ‘bekerja’ maka energi Reiki akan segera mengalir sesuai dengan afirmasi yang diucapkan..


Ibarat radio / television yang telah kita set frekuensi gelombang pada saluran tertentu, pengamal Reiki hanya meniatkan energi bekerja dan mengalir, maka energi Reikipun mengalir dengan sendirinya di dalam tubuh Anda. Afirmasi ini ibarat menekan tombol on/off di radio / television.


Di sini saya berkongsi dengan Anda khususnya pengamal Reiki di Malaysia tentang Teknik Pernafasan Chakra yang khusus untuk mengembangkan dan membersihkan lagi chakra-chakra sedia ada. Walaupun telah diselaraskan ia tidak bermakna chakra-chakra akan tetap ‘maintain’ selamanya. Kerana persekitaran sentiasa terdedah dengan radiasi handphone, perkakas elektrik dsb. Maka jika diamalkan Teknik Pernafasan Chakra ini mudah-mudahan akan meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti energi Reiki Anda.

Pernafasan 7 Chakra (Khusus Pengamal Reiki di Malaysia)

Sebelum melakukan Pernafasan Chakra ini, diharap duduk dalam keadaan santai (seperti meditasi). Ketika merasai diri telah tenang, lakukan afirmasi ini:


“Ya Allah Yang Maha Esa, saya mohon aktifkan, kembangkan dan bersihkanlah ketujuh-tujuh chakra saya sehingga ke akar intinya”
(Afirmasi boleh diubah sebelumnya asal tetap untuk tujuan “Aktif, Kembang, Bersih Chakra”)

1) Lakukan pernafasan hidung-mulut dengan memfokuskan fikiran pada Chakra Mahkota dan rasakan sensasi di titik Chakra ini.
2) Tarik nafas dalam kiraan 1-2-3-4-5 secara perlahan-lahan melalui hidung lalu tahan nafas di bawah dua jari bawah pusat dalam kiraan 1-2-3.
3) Perlahan-lahan hembus nafas melalui mulut sebanyak 1-2-3-4-5. Selesai.
4) Sambil melakukan pernafasan ini diharap agar fokus ke Chakra berkaitan.
5) Sila ulangi langkah 1-3 sebanyak 3kali.


Kemudian pindahkan titik perhatian ke Chakra Ajna-Tenggorokan-Jantung-Solar Plexus-Sex dan Chakra Dasar. Masing-masing chakra sebanyak 3 kali pengulangan.


Bila latihan ini dilakukan secara rutin setiap pagi atau malam sebelum tidur maka InsyaAllah akan mengembang pula chakra-chakra utama dengan cepat dan sempurna sehingga Chakra-chakra utama ini akan dapat menyerap energi alam semesta ke dalam tubuh dengan baik. Semakin bersih dan mengembang chakra utama maka semakin sihatlah tubuh energi Anda, insyaAllah.

Semoga panduan singkat ini bermanfaat untuk Anda semua dan selamat beramal!

No comments: