Kuasai Minda ni rasanya ramai yang berminat untuk menguasainya. Tapi menguasai sekadar teori tak sampai ke mana-mana. Anda perlulah aplikasikannya dalam kehidupan seharian. Tapi apakah yang mendorong pengamal kuasa minda untuk praktikkannya? Anda perlukan TENAGA untuk membuatkan segala yang berada di minda Anda 'berlari laju'.
Anda semua pasti tahu, kalau jasad kita ni nak bergerak diperlukan tenaga-tenaga dari makanan. Tanpa tenaga jasad lemah tak berdaya. Begitu juga dengan minda kita, bagaimana nak bergerak kalau tiada tenaga?. Dan tenaga untuk minda ini bukan sahaja dari faktor pemakanan malah lebih dari itu. Di antara yang paling utama dalam pembelajaran kuasai minda ini adalah Chakra.
Ya, sebenarnya kuasai minda ni berteraskan kepada chakra dan minda bawah sedar Anda. Yang lainnya hanya sekadar teknik aplikasi sahaja. Dua perkara yang perlu difahami oleh Anda iaitu:
1) Chakra berfungsi sebagai pembekal energi untuk meransang sesuatu fenomena atau keadaan mengikut peranan chakra itu sendiri dan
2) Minda bawah sedar bertindak sebagai storage/tempat simpanan dalam diri kita.
Energi dari chakra ini juga bertindak atas niat samada utk menghilangkan segala negatif atau menanam positif impak di dalam minda bawah sedar Anda. Kemudian dinyatakan kembali melalui beberapa teknik-teknik lain seperti afirmasi / saranan, visualisasi dsbnya.
Kuasai minda itu sendiri adalah kekuatan dari penguasaan minda bawah sedar untuk mencetus satu fenomena/ilham menjadi realiti. Untuk menguasainya Anda perlulah tenang, barulah Anda dapat membuka 'gerbang minda bawah sedar'. Dan Anda masuk dengan 'ilmu' yang ada, selepas itu teruskan apa yang Anda inginkan.
Fokuskan satu-satu perkara yang Anda nak, bukan sekaligus itu ini. Lakukan aplikasi kuasai minda ni 3 hari atau 7 hari berturut-turut.
Paling penting, apa yang Anda mahu perlu seiring dengan kerelaan / keyakinan dalam hati. Minda dan jiwa Anda perlu seiring. Kalau setiap hari lakukan afirmasi tapi jiwa Anda tolak atau ragu-ragu, itu tidak betul. Selaraskan keduanya menjadi satu.
Untuk lebih kuat lagi agar tenaga yang tercetus dari minda Anda laju, Anda perlu aktifkan chakra-chakra dalam diri. Rasanya kalau ada yang telah mengambil kursus kuasai minda, pasti dah tahu akan perkara ini. Pelajar akan diajar bagaimana mengaktifkan chakra-chakra tersebut.
Cuma di sini yang menghairankan, kenapa kebanyakan pelajar yang perlu aktifkan sendiri chakra mereka? Mengapa tidak penceramah atau cikgu itu sendiri? Di sini mungkin Anda sendiri yang boleh beri jawapan.
Dalam pembelajaran reiki, chakra-chakra Anda diselaras dan diaktifkan oleh Master Reiki. Tempohnya pun singkat. Kemudian, tinggal untuk aplikasikan kesemua teknik yang diajar. Mudah bukan? Dan dalam reiki, ia berkait rapat dengan kuasai minda juga. Lebih mudahnya, tidak perlu visual yang merumitkan. Hanya perlu faham dan tahu apa yang diingini, tenang dan pasang niat. Kemudian biarkan sahaja (pasrah).
Pengamal reiki di Malaysia disarankan seeloknya menguasai atau mengetahui sedikit sebanyak tentang teknik-teknik / afirmasi dalam ilmu kuasai minda. Gunakan teknik ini cara Reiki. Energi yang telah ada cukup kuat untuk menghantar isyarat listrik dalam minda Anda semua.
Yang penting dalam kuasai minda atau reiki, TENANG, TAHU APA KITA NAK, YAKIN & PASRAH! Cubalah! Selamat Beramal! :-)p.s. Anda boleh dapatkan ebook percuma berkaitan kuasa minda ni DI SINI.
No comments:
Post a Comment