Wednesday, December 19, 2012

Reiki Dan Afirmasi

-->

Salam kepada pengunjung blog Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia.


Saya sedaya mungkin cuba menjelaskan kaitan antara reiki dan afirmasi. Sebenarnya dalam praktik reiki, tidak terlepas dari menggunakan afirmasi. Seperti artikel reiki saya yang lepas, iaitu Teknik Afirmasi, saya jelaskan teknik-teknik ringkas afirmasi untuk Anda cuba praktikkan.

Afirmasi dalam ertikata ringkasnya bermaksud penegasan, kata-kata atau pernyataan kuat dan positif bahawa sesuatu itu telah terjadi begitu adanya. Kita menegaskan apa yang kita inginkan dan memikirkannya sebelum sesuatu kejadian itu terjadi. Afirmasi merupakan produk fikiran yang menggunakan otak dan merupakan penegasan dari apa yang kita inginkan. Dalam tradisi reiki, afirmasi digunakan untuk semua hal. Oleh kerana energi mengikuti fikiran, gerak kerja energi Reiki diarahkan oleh affirmasi dari pengamal reiki.

Pengamal reiki perlu faham apa itu afirmasi dan cara membuat afirmasi. Ingat, energi reiki mengalir mengikut fikiran pengamal reiki itu sendiri. Dengan afirmasi yang betul, energi reiki dapat diarahkan kepada sasaran dengan tepat pada waktunya dan untuk berapa lama energi reiki dapat selalu diakses oleh si penerima.

Bagi pesakit atau penerima energi reiki juga dituntut mengucapkan afirmasi dengan yakin, tenang, pasrah dan secara perlahan-lahan samada lisan atau dalam hati. Ini supaya minda bawah sedar dapat menangkap dan meresponnya seperti apa yang diinginkan dalam afirmasi tersebut.

Afirmasi juga dapat digabungkan bersama-sama dengan visualisasi. Penerima/pesakit yang akan menerima energi reiki contohnya, Anda boleh bayangkan tubuh yang sedang sakit beransur-ansur sembuh, sihat serta segar dan Anda dapat rasakannya. Ingat, visualisasi merupakan bahasa pada minda bawah sedar.

Afirmasi mesti diucapkan bila diri Anda sudah berada dalam keadaan yang rilex, santai, tenang. Usahakan agar berada dalam kondisi ini dahulu, kemudian baru ucapkan afirmasi samada lisan atau hati. Anda juga perlu tahu dengan jelas apa yang ingin Anda ucapkan dalam afirmasi. Buat afirmasi secara ringkas, jelas dan 'direct to the point'.

Dalam apa jua teknik Reiki, tidak terlepas dari penggunaan afirmasi. Biasanya afirmasi digunakan bagi tujuan penyembuhan jarak dekat, penyembuhan jarak jauh, visualisasi, memberi arahan kepada sesuatu simbol, meditasi, membuat program energi dan tujuan dalam meningkatkan motivasi diri. Sebab itu, jika Anda faham akan penggunaan afirmasi ini, 1001 teknik dapat Anda ciptakan.

Saya cuba kongsikan beberapa contoh afirmasi dalam rawatan reiki jarak jauh:

1. ..... energi reiki ini akan diterima oleh senarai nama yang telah berdaftar di kertas/skrin komputer/handphone ini.....
2. ..... energi reiki ini akan diterima oleh (nama pesakit) sebaik saja beliau niatkan untuk menerima.
3. ..... energi reiki ini diterima oleh semua pesakit, masing-masing sebesar 100% dan energi reiki bekerja selama (sebut tempoh).....
4. ..... energi reiki mengalir untuk penyembuhan/penyelesaian penyakit/masalah (sebut nama penyakit / masalah) secara sempurna....

Pada awal dan akhir afirmasi, Anda boleh nyatakan seperti contoh:

1. Ya Allah, saya mohon dengan rahmat dan kasih sayangMU agar .....(afirmasi)..... terjadilah 3x. Alhamdulillah 3x.

Anda boleh ubah atau 'standard'kan afirmasi Anda. Yang mana Anda selesa dan yakin. Sebagai pengamal reiki yang beriman, mesti disertakan permohonan kepada Allah. Kerana hanya kepada Allah kita meminta dalam setiap afirmasi. Jika terjadi, Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah izinkan ia terjadi. Jika tidak terjadi, bersabar dan ikhtiarkan sehingga terjadi. Tidak mustahil bagi Allah. Dengan niat yang suci dan ikhlas untuk membantu diri sendiri dan orang lain, insyaAllah pasti diperkenankan.

Sebenarnya, Anda dapat ciptakan seberapa banyak afirmasi samada dalam praktik reiki atau dalam kehidupan seharian mengikut kreativiti Anda. Bagi pengamal reiki, afirmasi Anda berisikan energi. Jadi awas! Ucapkan afirmasi yang positif sahaja.

AFIRMASI = KATA2 = DOA

Anda boleh download percuma eBook 'Power Affirmations' di sini.


p.s. Anda suka artikel ini?


No comments: