Wednesday, December 19, 2012

Latihan Praktikal Pengamal Reiki

-->

Reiki merupakan seni penyembuhan yang menggunakan tenaga alam semesta bagi merawat dan menyeimbangkan sistem aliran tenaga tubuh dalaman manusia dengan cara sentuhan mahupun pancaran. Belajar reiki amatlah mudah, tidak ada syarat khusus untuk mempelajarinya. Dan belajar reiki ini terbuka kepada semua agama, bangsa, lelaki, perempuan, kanak2 mahupun dewasa. Dengan diawali dengan niat yang jelas, tulus, santai, pasrah beserta dengan penghayatan, energi reiki mengalir mengikut ‘cara’nya sendiri. Tidak perlu difikirkan cara energi reiki bekerja selepas itu. Ianya juga boleh disertakan dengan bacaan atau wirid2 tertentu dari ayat al-Quran.

Dalam mempelajari reiki, perkara paling penting perlu diketahui adalah cara praktikal atau cara menggunakan teknik-teknik yang ada dalam keilmuan reiki. Kadangkala terlalu banyak teori tentang reiki, ia tidak sejalan dengan praktiknya. Bahkan kebanyakan teori juga menyebabkan keengganan seseorang mempraktikkan reiki yang begitu banyak teorinya. Ok, di bawah ni beberapa langkah praktikal untuk para pengamal reiki.

Langkah pertama yang harus dilakukan setelah menerima attunement ialah dengan melakukan selfhealing ataupun penyembuhan diri dengan cara menempelkan kedua belah tangan ke anggota-anggota tertentu seperti yang terdapat dalam manual perlatihan reiki.

Langkah kedua pula ialah melakukan meditasi umum bertujuan merehatkan minda. Teknik meditasi memang banyak tetapi perlulah mencari satu saja teknik sehingga dapat menguasainya. Kemudian barulah beralih ke teknik-teknik meditasi yang lebih advance seperti meditasi pembersihan chakra, meditasi nur kasih, meditasi menguatkan aura, meditasi untuk materialisasi dan sebagainya. Permulaan meditasi cukup sekadar 10-20 minit. Tidak perlu paksa, lakukan dengan lapang dada dengan masa yang sesuai mengikut kelapangan masing-masing.

Langkah ketiga ialah dengan sering menggunakan energi reiki dalam kehidupan seharian. Anda boleh alirkan energi reiki kepada ibu, ayah, adik beradik, suami isteri samada jarak dekat mahupun jarak jauh. Dan apa saja seperti makanan, minuman, pakaian, air mandian, kasut selipar, barang kemas. Semakin kerap mengalirkan energi reiki, semakin bagus dan lancar perjalanan jalur energi tubuh, insyaAllah. Anda boleh reiki apa saja. Dan Anda boleh rasakan perbezaannya dengan cepat.

Langkah keempat sama seperti langkah ketiga. Tetapi ianya lebih berbentuk kepada kajian bagi meyakinkan diri sendiri akan kelebihan yang ada pada energi reiki ini. Ia bergantung kepada kreativiti dan juga ilham yang datang. Semakin kerap melakukan kajian atau ujikaji ini, insyaAllah maka berbagai pengalaman yang akan diperolehi dan keyakinan terhadap ilmu ini akan bertambah.

Kajian 1:
- Letakkan dua botol atau gelas berisi air minuman (air putih) di depan Anda.
- Alirkan energi reiki ke dalam salah satu air tersebut selama beberapa minit.
- Kemudian rasakan perbezaan di antara kedua air minuman.
- Apakah Anda dapat rasakan perbezaannya?
- Buat catitan peribadi.

Kajian 2:
- Ambil dua biji buah tomato/limau/terung
- Alirkan energi reiki ke salah satu buah tersebut selama beberapa minit.
- Letakkan kedua buah tersebut di tempat yang tiada gangguan (cth: dalam bilik). Pastikan Anda label buah yang telah Anda alirkan energi reiki.
- Biarkan beberapa hari.
- Apakah Anda dapat lihat perbezaan buah yang biasa dengan buah yang diisi dengan energi reiki?
- Buat catitan peribadi.

Kajian 3, 4, 5 dan seterusnya mengikut kreativiti Anda. Buatlah catitan peribadi setiap kajian yang dibuat.


p.s. Anda suka artikel ini?

No comments: