Wednesday, December 19, 2012

Teknik Pancarkan Kasih Sayang

-->


Salam bahagia para pengunjung blog Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia.

Fitrah manusia semua nakkan kasih sayang. Semua orang ada sifat kasih sayang, bezanya kuat atau lemah. Jika kita lihat manusia-manusia yang bahagia adalah manusia yang penuh dengan sifat kasih sayang. Sifat kasih sayang boleh kita semai dalam diri dulu, ahli keluarga, orang bawahan, pekerja, jiran-jiran kemudian pancarkan ke seluruh alam.

Jadi bagaimana hendak membangkitkan dan pancarkan kasih sayang? Ok ada beberapa petua ringkas di bawah ni. Simple je.

1) Untuk diri sendiri - Sentuh dan belailah tubuh dengan dihadirkan RASA kasih sayang. Sebelum dan selepas tidur, dan ketika mandi. Katakan pada diri, "Syed Mansor, aku sayangkan kau kerana Allah" (guna nama sendiri ya!). Para pengamal reiki pasti telah merasakan nikmat kasih sayang ini dengan melakukan sentuhan dalam praktik penyembuhan diri. Lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semakin kerap kita sentuh dan belai tubuh kita, maka tubuh kita bertambah sihat, cergas dan ceria. InsyaAllah.

2) Untuk suami isteri - Ketika berpegangan tangan atau bersentuhan, sentuhlah dengan RASA kasih sayang. Pancarkan RASA kasih sayang supaya mengalir dalam tubuh pasangan, menyatu RASA kasih sayang selamanya kerana Allah. Katakan pada diri kepada pasangan dalam hati / lisan ketika itu, "Aku Sayangkan Kau Kerana Allah" atau "I LOVE U Kerana Allah."

Untuk anak, ibu, ayah, ahli keluarga dan saudara Islam lakukan dengan cara makrifat/visualisasi. Kalau dengan sentuhan fizikal tu, tengok keadaan. Biasanya anak/adik-beradik perempuan/lelaki yang masih kecil boleh la. Kalau dewasa dan berlainan jantina tu kena jaga batas-batas hukum. Sebab dikhuatiri RASA kasih sayang dicemari dengan nafsu syahwat. (Biasalah, iblis setan 24jam menggoda).

Caranya: Sebagai contoh kepada ayah.
Ketika lepas solat / meditasi / sebelum tidur, hadirkan wajah ayah. Bayangkan ayah ada di depan. Kita datang salam dan cium tangan serta dahi sambil berkata "Ayah, saya sayangkan ayah kerana Allah." Kalau nak karang ayat bunga-bunga, puisi pujangga ke itu terpulang. Atau nak sembang-sembang pun boleh. Yang penting kita hadirkan wajah dan pancarkan RASA kasih sayang dan menjiwai keadaan itu seperti realiti.

Kepada mereka yang ada masalah, berlakunya pertelingkahan ke atau apa saja yang tak kena dalam perhubungan amalkanlah teknik ini. Semakin kerap diamalkan, insyaAllah kita dan orang yang bersangkutan dapat merasai pancaran kasih sayang tersebut. Dan mudah-mudahan segala sifat benci, marah dan dendam terlerai dengan nur pancaran kasih sayang ini.

Kesan amalan ini Anda sendiri yang rasakan. Secara automatik, diri kita akan melakukan semuanya atas dasar kasih sayang kerana Allah. Kedua hati telah menyatu kasih sayang, jadi benci, marah dan dendam pasti tenggelam.

Pancarkan dan sebarkanlah kasih sayang kerana Allah. Tenaganya dahsyat!


p.s. Anda suka artikel ini?


No comments: