Salam ceria dan bahagia.
Tanpa perlu mukadimah yang panjang, maka saya ingin berkongsi dengan anda suatu doa yang luar biasa. Apabila anda tahu rahsia ini, saya harap agar doa anda nanti akan memiliki kekuatan yang amat luar biasa, insyaa Allah. Dan gunakanlah Doa Luar Biasa ini untuk kebaikan diri dan masyarakat. Tapi buat pembaca blog reiki yang bukan ahli nur-reiki dot com, maafkan saya kerana Doa Luar Biasa Terkabul ini hanya saya kongsikan kepada ahlinya saja.
Baiklah, Doa Luar Biasa Terkabul yang saya maksudkan adalah DOA + VISUALISASI. Visualisasi itu juga merupakan suatu DOA DALAM BENTUK GAMBARAN MINDA. Untuk mendapat Doa Luar Biasa Terkabul bukanlah semata-mata visualisasi. Perlu digabungkan dengan kaedah dan adab-adab doa yang telah kita pelajari dari guru-guru agama. Visualisasi kini menjadi suatu 'elemen doa yang tertinggal' dalam doa seharian.
Dengan menggunakan visualisasi, ia menjadi suatu medium bagi kita untuk latihan fokus pada apa yang kita inginkan dengan penglibatan langsung seluruh pancaindera. Visualisasi adalah salah satu dari bahasa fikiran bawah sedar, bahasa otak kanan dan jalan menuju kesempurnaan doa. Visualisasi adalah bagaimana kita mengoptimalkan kemampuan otak kanan kita yang Allah anugerahkan ini untuk tetap fokus pada satu tujuan dalam doa.
Bermaksud jika menggunakan visualisasi kita hanya boleh menetapkan satu perkara, membayangkan, merasakan dan pasrahkan diri kita pada doa yang kita inginkan. Jadi dengan visualisasi kita hanya berdoa satu perkara tetapi jelas apa yang kita inginkan. Berbanding doa yang banyak, tetapi kita pun tak tahu pokok pangkal apa yang kita mahukan dalam doa tersebut (tidak spesifik).
Visualisasi harus dilakukan dalam gelombang Alpha (TENANG). Dah rasa tenang, baru mula doa + visualisasi.
Dalam visualisasi, kita perlu rasai bahawa apa yang divisualkan itu benar-benar telah terjadi, benar-benar telah terkabul (Yakin!). Dalam visualisasi haruslah mewujudkan suatu perasaan SEBENAR SEPERTI REALITI. Ingat, minda bawah sedar tidak dapat membezakan realiti atau fantasi.
Untuk melatih visualisasi agar menjadi luar biasa, keikhlasan diperlukan. Sebabnya setiap saat hanya boleh satu doa. Kalau nak kereta, visualkan tentang kereta. Begitu juga kalau nak rumah, kerjaya, jodoh, penyelesaian masalah, perhubungan dsb. dilakukan secara satu persatu. Di sini kita belajar menjadi orang yang tidak serakah. Kita akan berkembang menjadi orang yang sabar sebab mampu menunggu satu doa berproses dalam kehidupan. Dan yakinlah bahawa kehidupan kita nantinya dengan izin Allah akan dihantarkan sebab musabab sesuai dengan visualisasi yang kita visualkan bahkan lebih baik.
Untuk perkara lainnya lakukan perkara yang sama iaitu DOA + VISUALISASI. Kekuatan visualisasi inilah yang menyebabkan doa kita semakin luar biasa sebab kita fokus betul-betul pada apa yang kita inginkan. Dan kita tahu secara SPESIFIK apa yang benar-benar kita inginkan.
Allah sudahpun mengetahui doa kita sebelum kita berdoa dan Allah Maha Mengetahui apa keperluan kita. Tapi adakah kita tahu dan faham apa yang kita inginkan sebenarnya?
Ingat, saat visualisasi libatkan semua pancaindera anda. Raih masa depan dengan visualisasi.
Di bawah ini contoh bagaimana nak aplikasikan Doa + Visualisasi Setiap orang bebas dengan kaedah masing-masing.
1) Solat hajat 2 rakaat di tengah malam
(sebelum solat hajat, duduk tafakur dan nyatakan hajat dalam hati secara ringkas - direct to the point)
Sebagai contoh:
"Ya Allah, niatku nak jadi orang kaya yang beriman, bertaqwa, selalu bersyukur, sentiasa pemurah kerana mengharap redhaMU"
2) Dzikir
3) Doa
4) Visualisasi
Contoh :
Kita nak jadi kaya, maka setelah kita mengatur rentak nafas, rasa TENANG secukupnya, kita harus fokus pada bagaimana rasanya menjadi orang kaya, dengan mewujudkan gambaran minda yang kita ini telah menjadi orang kaya dan terdengar suara-suara betapa sukanya keluarga dan saudara-mara dengan kekayaan yang kita ada. Ramai kawan, ramai yang mengaku saudara, adik beradik. Kekayaan yang kita ada digunakan di jalan Allah. Sedekah setiap hari dengan jumlah yang besar. Pergi Mekah Madinah setiap tahun. Melancong negara-negara Islam dan Barat. Terus bayangkan, rasakan dan dengarkan keadaan itu semakin jelas semakin jelas dan semakin nyata.
Visualkan berulang-ulang seperti layar filem pendek. Visual secara berulang-ulang sekitar 5 minit. Sertakan emosi yang sedang mengalami suatu realiti (walaupun ia fantasi).
5) Setelah selesai melakukan visualisasi, KUATKAN VISUALISASI kita dengan ucapan:
”Terima kasih Ya Allah, Engkau telah kabulkan permintaanku, atau yang lebih baik menurutMU ya Allah”.
Dan KUNCI VISUALISASI dengan Hauqalah:
"Tiadalah daya kekuatanku untuk mewujudkan segala impianku melalinkan daya kekuatan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung"
No comments:
Post a Comment