Saya nak kongsi KAEDAH GENERATOR yang telah saya uji dan praktik untuk kegunaan multifungsi dalam kehidupan.
Kaedah GENERATOR adalah kombinasi zahir batin (untuk 1 orang) ATAU 2
orang ATAU jemaah yang ramai yg membantu si SUBJEK menjalankan sesuatu urusan
YANG SEDANG DILALUI melalui doa, solat hajat, dzikir, yasin tafakur dan
seangkatan dengannya. Ia blh digunakan utk apa saja keadaaan / situasi.
Yang SEDANG mengalami keadaan / situasi disebut sebagai
SUBJEK. Yang satu lagi menjadi GENERATOR.
Sebagai contoh:
RAWATAN.
Situasi - Rawatan
Subjek - Pesakit
Generator - Perawat
Contoh ini mudah sebab kita semua di nur-reiki dot com telah praktikkan
di MEDAN ENERGI RAWATAN JARAK JAUH. Di mana nama2 pesakit adalah SUBJEK, dan
semua perawat adalah sebagai GENERATOR (jemaah yg ramai). Pada Isnin &
Khamis jam 10pm, maka GENERATOR ini akan berfungsi selama 15minit melalui
kaedah masing2 samada doa dsb.
Kaedah ini juga boleh diaplikasi dlm rawatan hadir diri. Untuk
aplikasikan kaedah ini, si perawat yg ingin merawat pesakit (SUBJEK)...
katakanlah jam 9 pagi akan dimulakan rawatan. Maka si perawat boleh meminta
sahabat2 seangkatan untuk menjadi GENERATOR mulai jam 9pagi selama rawatan
sedang dilakukan. GENERATOR tak semestinya perlu ada di tempat kejadian.
Kalau GENERATOR di tempat kejadian sebagai contoh seperti sy di kL dulu.
Ada 3 orang. Maka sy dan sorang lagi perawat melakukan rawatan dan sorang lagi
menjadi GENERATOR di satu sudut. Dzikir, doa, tafakur terus menerus.
Untuk perawat seorang diri tanpa bantuan GENERATOR lain, boleh juga. Utk
1 orang yakni menggunakan zahir batin. Zahir sebagai SUBJEK & Batin sebagai
GENERATOR. Bagi mereka yg mahir dalam ilmu pemisah diri amat mudah. Zahir
bergerak dengan disertai batin yg terus menerus menjadi GENERATOR.
Contoh lagi:
Anak menduduki peperiksaan
Situasi - Anak ambil peperiksaan
Subjek - Anak
Generator - Ibu/Bapa/Sekeluarga
Anak itu adalah SUBJEK dan ibu/bapa sebagai GENERATOR. Fungsi ibu/bapa
di sini adalah doa, solat hajat, dzikir, yasin, tafakur dan seangkatan
dengannya selama mana yg mampu. Dengan NIAT DIFOKUSKAN KPD SUBJEK SUPAYA ALLAH
MEMBANTU DAN MEMUDAHKAN MENJAWAB PEPERIKSAAN.
Kaedah Generator sebaiknya dibuat semasa SUBJEK SEDANG dalam sesuatu
situasi.
Antara situasi yg boleh diaplikasikan:
RAWATAN - PERNIAGAAN - TEMUDUGA - AMBIL EXAM - PEMBEDAHAN - LAHIR ANAK -
KENA PANGGIL BOS - MESYUARAT dan banyak lagi.
Sekian. Selamat beramal.
p.s. Generator blh dzikir atau apa saja amalan SEMASA SUBJEK SEDANG
MENGALAMI SESUATU SITUASI. Kalau kurang jelas, silakan bertanya melalui EMEL.
No comments:
Post a Comment