Tuesday, September 3, 2013

Pelaris Kedai Kaedah Metafizik

-->


Selain dari usaha kita menghias kedai, tambah stok bagi meriah, harga berpatutan, beri layanan mesra pelanggan... maka ada tips tambahan yang mungkin dapat membantu Anda dengan izin Allah melalui kaedah ilmu energi. Untuk perniagaan online juga boleh aplikasikan kaedah ini.

Untuk kaedah Tenaga Pusaran Cahaya + Tenaga Vakum pula bagaimana caranya? Seperti yang saya sering katakan, MASTER KEY ialah NIAT dan TENAGA.. Pengamal RHS / KR perlu faham dan mahir guna MASTER KEY. 

Permulaan kaedah Tenaga Pusaran Cahaya + Tenaga Vakum ni (Cleansing & Energizing) dibuat selama SEKALI SEHARI setiap hari selama 7 hari berturut-turut.
Kemudian buatlah 2 hari sekali atau, 3 hari sekali. Ikut kerajinan Anda.

Ini kaedah jarak jauh, jadi duduk rumah pun boleh. Ok ini kaedahnya:

=====================================
CLEANSING KEDAI

- Tulis nama kedai, alamat kedai di atas kertas
- Niat - utk cleansing kedai dari tenaga2 negatif
- Rileks - turunkan brainwave ke alpha state
- Password 
- Doa - YA ALLAH AKU MINTA KEPADAMU, MAKBULKANLAH PERMINTAANKU. TIDAK AKU BERKUASA, ALLAH MAHA KUASA. YA ALLAH BERSIHKANLAH KEDAIKU DARI SEGALA TENAGA NEGATIF SECARA SEMPURNA.Tenaga - "DENGAN IZIN ALLAH, KUNDALINI REIKI / GOLD REIKI / REIKI HIKMAH SUFI MENGALIR SECARA SEMPURNA
- Tekup kertas
- 5-10 minit
- Kunci dgn hauqalah - YA ALLAH AKU NIAT KUNCI DGN LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAHIL ' ALIYYIL 'ADHZIM
- Selesai

=====================================
ENERGIZING KEDAI (Tenaga Pusaran Cahaya + Tenaga Vakum)

- Tulis nama kedai, alamat kedai di atas kertas
- Niat - utk energizing kedai dan menarik pelanggan masuk beli
- Rileks
- Password
- Doa - YA ALLAH AKU MINTA KEPADAMU, MAKBULKANLAH PERMINTAANKU, TIDAK AKU BERKUASA, ALLAH MAHA KUASA. YA ALLAH WUJUDKANLAH TENAGA PUSARAN CAHAYA & TENAGA VAKUM DI KEDAIKU. JADIKANLAH FUNGSI KEDUANYA SEBAGAI PENARIK, PENYEDUT PELANGGAN & PEMBELI DARI SEGENAP PENJURU DUNIA, DARI 8 ARAH MATA ANGIN, DARI LANGIT DARAT LAUT JAUH DEKAT MASUK MELEKAT TERUS MEMBELI DI KEDAIKU DENGAN MUDAH & BERPUAS HATI SECARA SEMPURNA. YA ALLAH SETIAP KALI PELANGGAN MASUK DAN MEMBELI MAKA TINGKATKANLAH TENAGA PUSARAN CAHAYA & TENAGA VAKUM SEBANYAK 10X GANDA SECARA SEMPURNA."
- Tekup kertas
- 5-10 minit ***
- Kunci dengan hauqalah - YA ALLAH AKU NIAT KUNCI KEDUANYA DENGAN LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL 'ADZHIM.
- selesai

=====================================

Bagaimana untuk yang berniaga online pula? Sama saja, tulis URL WEB/BLOG di atas kertas.
Cth: http.//kedaionlinesaya.com

*** Tenaga Pusaran Cahaya + Tenaga Vakum ni sebaiknya tambah dgn VISUALISASI semasa kita tekup kertas yang 5-10 minit tu.

VISUALKAN Anda melihat kedai di depan.
VISUALKAN Wujud Tenaga Pusaran Cahaya (Warna Emas) memutar lawan arah jam dgn putaran 999 billion kali ganda kuatnya.
VISUALKAN pula umpama bila ada orang berada berdekatan kedai disedut masuk ke dalam kedai Anda melalui Tenaga Pusaran Cahaya tersebut.
VISUALKAN dengan senyuman dan perasaan benar-benar sedang terjadi.

=====================================

Setiap kali ada masa lapang, luangkan masa sambil2 duduk tgk tv, mata tgk tv tapi minda visualkan nampak kedai Anda dengan kewujudan Tenaga Pusaran Cahaya (TPC) memutar lawan arah jam selaju-lajunya. Buat selalu.

=====================================

Permulaan kaedah Tenaga Pusaran Cahaya + Tenaga Vakum ni (Cleansing & Energizing) dibuat selama SEKALI SEHARI setiap hari selama 7 hari berturut-turut.
Kemudian buatlah 2 hari sekali atau, 3 hari sekali. Ikut kerajinan Anda.

=====================================

Saya berharap agar para Master dapat menguasai MASTER KEY, KUNCI REIKI (T.I.P.S), PRINSIP REIKI dan benar-benar menjadi MASTER. Kalau dapat KREATIF MASTER KEY ni, boleh 'goreng' saja. In shaa Allah. 

Sebab alam imaginasi, ikut saja apa kita imganiasi ia jadilah dgn izin Allah. Jadi kita guna minda bawah sedar. Cara komunikasi bawah sedar guna VISUALISASI, TENAGA + peRASAan dan afirmasi2 positif. 

Silakan amal. :-)

=====================================

TESTIMONI:








No comments: