Tuesday, September 3, 2013

Kaedah Metafizik - Mencari Barang Hilang

-->


Kaedah ini digunakan apabila telah ikhtiar secara lahiriah mencari barang hilang.

Ada 2 kaedah yg dapat dikongsi. 2 Kaedah ini saya gabungkan menjadi 1.

Guna Gerak Hati & Getaran Tenaga

- Tenang
- Password
- Doa
- Getaran Tenaga
- Tunggu Gerak Hati

** Doa - Basmalah, Tahmid, Selawat mcm biasa.

"YA ALLAH MAKBULKANLAH PERMINTAANKU, TIDAK AKU BERKUASA, ALLAH MAHA BERKUASA. YA ALLAH HUBUNGKANLAH TENAGAKU DENGAN TENAGA KUNCI KERETAKU. (*** DIAM SEJENAK - VISUAL KUNCI KERETA - RASA GETARAN DI TANGAN). YA ALLAH GERAKKANLAH AKU KE TEMPAT DI MANA KUNCI KERETAKU BERADA. AAMIIN." - SELAWAT - TAHMID.


Catatan:

*** Setelah berdoa, hening sejenak sambil dzikir qalbi Allah Allah. Pastikan fikiran tidak memikirkan akan barang yang hilang itu kerana kita ikhtiar guna GERAK HATI yang lebih TEPAT in shaa Allah, bukannya fikiran yg suka merewang (celaru). Tumpukan dzikir qalbi Allah Allah sehinggalah ..... TINGGGG!!! TERDETIK DI HATI MEMBERITAHU LOKASI/TEMPAT DI MANA BARANG YANG INGIN DICARI.

Pastikan Anda tahu yang mana satu gerak hati dan mana satu fikiran. Gerak hati beserta suatu RASA, sedang fikiran tidak ada rasa. Gerak hati itu tulus mulus kudus dan ia memberitahu dengan suatu lintasan beserta RASA. Rasa apa, sendiri dapat rasakannya.

Tujuan kita niat terhubung tenaga diri dengan tenaga barang adalah sebagai satu 'tali penghubung' di mana diri kita dengan izin Allah dengan mudah bergerak ke tempat barang tersebut.

Bila terdetik di hati, sebagai contoh "MEJA", kadangkala kita kenalah usaha lebih. Carilah di meja tak semestinya di atas meja, mungkin di bawah dsb. Dan jika dalam rumah ada 5 jenis meja haruslah rajin pergi ke semua meja. :-)
Kalau dah guna kaedah di atas tak dapat gerak hati. Carilah seperti biasa sambil wirid:
يا هادي اهديني Ya Haadii ihdiinii
Wahai Allah Yang Maha Memberi Petunjuk, Tunjukilah Aku....... (smbil visual barang kita tu)

Dan amalkan juga doa di bawah ini selepas selesai solat fardhu yang 5 itu:




Antara testimoni yang menggunakan Kaedah ini:





No comments: