Ini adalah tips bagi sesiapa yang ingin melakukan rawatan samada ahli
keluarga terdekat atau pesakit lain bagi penyakit-penyakit biasa sahaja.
Adalah tidak
digalakkan untuk merawat penyakit-penyakit yang berkaitan mistik seperti santau,
sihir, saka, gangguan makhlus dsb, kecuali jika ada mempelajari asas Perubatan
Islam.
1) TENANG dengan cara menarik nafas melalui hidung sedalam-dalam secara
perlahan-lahan, kemudian melepaskan melalui hidung secara perlahan-lahan.
Niatkan saja di hati “Ya Allah tenangkanlah aku.”
2) Password. (Rujuk nota Password RHS @
KR) Jika keadaan kecemasan atau terdesak boleh baca:
i) Bismillahirrohmaanirrohiim 1x
ii) Istighfar 3x
iii) Ucap 2 kalimah syahadah 1x
iv) Shalawat 1x
v) Hauqalah (Laa hawla walaa quwwata illa billah... (hingga akhir) 1x
3) Sebelum Merawat:
Perlu mengaktifkan ‘perisai diri’ (Rujuk nota Perisai Diri).
4) Semasa Merawat:
Perlu untuk "Bersih (Cleansing), Pengisian (Energizing)
& Pendinding/Perlindungan (Protection)".
Umpama gelas yang kotor ingin diisi semula dengan air bersih. Harus
diBERSIHKAN, diISI dan diLINDUNGI.
a) Cleansing
Cth: Ya Allah, aku mohon Engkau alirkanlah tenaga *Reiki HS kpd **Ali Bin
Ahmad untuk ***
pembersihan segala tenaga dan aura negatif. Aamiin.. Lebih
kurang 1 minit atau lebih.
b) Energizing
Afirmasi (Doa) lisan @ hati "Ya Allah, aku mohon Engkau alirkanlah
TENAGA * KEPADA** NTUK/SUPAYA/AGAR***. Aamiin.
Cth: Ya Allah, aku
mohon Engkau alirkanlah tenaga *Reiki Hikmah Sufi kepada **Ali Bin Ahmad supaya
***penyakitnya sembuh dengan cepat. Kuatkanlah, afiatkanlah, sihatkanlah dan
sembuhkanlah semua penyakit zahir batinnya. Aamiin..
Lebih kurang 30 minit atau lebih.
AFIRMASI = DOA.
AFIRMASI BOLEH DIBACA DENGAN DOA-DOA TERPILIH JUGA
c) Protection
Cth: Ya Allah, aku mohon Engkau alirkanlah tenaga *Reiki HS kpd **Ali Bin
Ahmad untuk ***perlindungan/pendinding zahir batinnya secara sempurna.
Aamiin.. Lebih kurang 1 minit atau lebih.
Boleh diulang-ulang sesi rawatan reiki selama beberapa
hari atau beberapa kali dalam sehari
sesuai mengikut keadaan pesakit.
No comments:
Post a Comment