Salam harmoni semua...
Energi Reiki bukan hanya bermanfaat bagi penyembuhan fizik mahupun non-fizik saja, tetapi energi ini sekaligus dapat meningkatkan level energi anda dalam melakukan akitiviti seharian.
Apabila anda sering menyalurkan energi Reiki maka anda dapat meningkatkan kepekaan terhadap orang lain. Dengan menyalurkan Reiki maka terdapat efek ketenangan (alpha state) di mana keadaan gelombang minda dalam keadaan tenang dan santai seperti anda melakukan latihan pernafasan dan meditasi.
Reiki merupakan salah satu teknik yang cepat dalam menjernihkan, melapangkan fikiran. Dengan mempelajari Reiki Hikmah Sufi Malaysia maka ramai dari pengamal Reiki yang telah dapat mengembangkan keperibadian juga meningkatkan kewibawaan. Hal ini disebabkan banyak hal-hal yang dapat membuka minda dalam berfikir, dimana seorang pengamal Reiki merupakan bahagian dari alam semesta yang selalu terhubung (channeling) dengan alam semesta.
Bagi yang sering tertekan @ stress maka Reiki secara harmoni dapat mengurangi level stress yang terjadi. Semakin kerap mengalirkan Reiki dalam tubuh maka kualiti dan kuantiti energi anda akan meningkat... InsyaAllah.
Rasai perubahan demi perubahan positif dalam diri anda setelah mempelajari Reiki. Saya namakan juga sebagai Seni Penyembuhan Diri.
No comments:
Post a Comment