Salam sejahtera semua... Kali ini saya nak kongsi serba sedikit kaedah atau salah satu dari pelbagai aplikasi Reiki dalam kehidupan seharian.
Cara yang paling utama dalam aplikasi Reiki pada diri sendiri adalah di mana posisi tangan diletakkan pada diri dengan niat mengalirkan energi bagi apa jua tujuan penyembuhan bagi fizikal, minda atau emosinya. Kita bertanggungjawab sepenuhnya pada tahap kesihatan diri sendiri, dan insan yang paling berhak untuk mengubatinya adalah diri kita sendiri. Semakin banyak perhatian dan tindakan kita untuk mengharmonikan tahap energi, kesihatan serta keunikkan kita, semakin banyaklah hasil yang akan ditranformasikan secara total. Maka pencerahan dan peningkatan kualiti hidup semakin terasa. Hidup ini bukan sekadar hidup malah lebih dari itu...
Kaedah mengaplikasikan Reiki setiap hari ini tidak terhad kepada diri, makanan, minuman dan barangan anda. Perluaskannya seperti ketika bersosial, buntu, resah, menggunakan alatan, bercakap, berfikir dan banyak lagi. Ia boleh dilakukan dengan aturan yang betul atau dengan hanya bersahaja tanpa memerlukan syarat-syarat yang rumit. Malah ia boleh dilakukan tanpa disedari oleh orang-orang di sekiling anda. Reiki akan terus mengalir untuk apa atau ke mana juga permasalahan anda walau tanpa anda mengetahuinya.Dibawah ini sebagai panduan umum saja bagaimana mengaplikasikan tenaga Reiki dalam seharian. Sebenarnya lebih dari ini, dan pengamal reiki tidak semestinya terikat dengan Manual malah boleh aplikasikan untuk apa saja asal keyakinan pengamal tetap teguh kepada Yang Maha Berkuasa dan tahu ke mana energi ini akan mengalir. Hanya mengarahkan dengan niat dan disertakan dengan perbuatannya, insyaAllah terhasil. Inilah antara kelebihan dan keupayaan diri yang mana telah dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta sebagai salah satu bekalan dalam meneruskan hidup yang penuh dugaan.
1) Mulakan hari anda dengan mengucap syukur pada Yang Maha Pencipta diatas kesempatan yang diberikan kepada anda untuk mengalirkan energiNYA ini. Berdoalah agar anda menjadi medium pengalir energi yang baik.
2) Dakaplah tubuh anda dengan penuh kasih sayang pada diri sendiri selama 10 saat setiap hari. Tanya khabar, dan tanyakan apa yang diri ini perlukan? Bermesra seketika dengan diri suatu perkara yang amat penting sebenarnya. Dengan ini diri anda mudah memberi 'signal-signal' tentang apa yang perlu dilakukan setiap masa.
3) Niatkan / mohonlah kepada Yang Maha Menyembuhkan untuk mengalirkan energi Reiki bagi tujuan penyembuhan diri. (Rujuk Panduan Self Healing dalam Manual)
4) Bawa telapak tangan anda ke badan atau anggota badan yang berkehendakkan energi ini. Semakin banyak dan lama anda melakukan proses ini, semakin banyak manfaatnya untuk anda. Malah semakin banyak dan lama juga akan meningkatkan energi ini sendiri pada sistem tubuh anda. Dengan ini, tahap kesihatan akan bertambah baik, penyakit lama akan beransur baik atau terkawal, penyakit baru terhenti berkembang, emosi dan minda kian tenang dan terkawal.
5) Aplikasi reiki sambil berbaring sebelum waktu tidur akan memudahkan, menenangkan serta membuatkan tidur anda lena dan bangun pagi dengan badan segar dan selesa.
6) Aplikasi reiki sambil melakukan pekerjaan atau rutin seharian akan mengisi ruang-ruang waktu yang berlalu agar terisi dengan manfaat energi ini untuk menyokong tugasan dan rutin anda tadi agar kian harmoni dan lancar. Reiki-kan apa saja hajat anda (guna kaedah jarak jauh – MANUAL) dan pasrah kepada-Nya.
Selamat Mencuba!!! Belai dan bermesra dengan diri selalu. Hidup penuh dengan keharmonian. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment