Wednesday, December 19, 2012

Rahsia Reiki - Teknik Advance

-->



Kepada sesiapa yang berniaga, guna kaedah meditasi Kundalini Reiki atau teknik tulisan tapak tangan untuk capai target RM jualan anda. InsyaAllah berhasil. Saya amalkan dalam perniagaan saya dan Alhamdulillah tak lari jauh dari angka yang saya tulis di tapak tangan. 

Di sini saya kongsikan rahsia kaedah dari teknik Reiki sedia ada iaitu Meditasi KR dan teknik jarak jauh (tulisan tapak tangan).

Kaedah Tulisan Tapak Tangan: 
1) tulis di tapak tangan RM700.
2) Tekup
3) Tenang (turunkan brainwave ke alpha state)
4) Doa @ Afirmasi
5) Rasakan getaran tenaga Reiki dalam beberapa saat
6) Kunci dengan hauqalah
7) Selesai dengan ucapan Alhamdulillah

Kaedah Meditasi KR:
1) Duduk meditasi
2) Tenangkan diri
3) Doa @ Afirmasi
4) Rasakan getaran tenaga Reiki dlm beberapa saat
5) Kunci dgn hauqalah
6) Selesai dgn ucapan Alhamdulillah

Untuk Doa @ Afirmasi saya kongsikan sebagai contoh di bawah:
"Ya ALlah Ya Fattah Ya Razzaq, aku minta kepadaMU berikanlah jualan pada hari ini sebanyak RM700 tunai secara mudah dan segera. Hadirkanlah pembeli dari segenap penjuru dunia kepadaku. Membeli baranganku dengan mudah dan berpuashati. Makbulkanlah permintaanku. Terjadilah dgn izin Allah."

Maksud rasakan getaran tenaga Reiki tu asalkan dapat je rasa getaran tenaga tu dah cukup. Mungkin ada yang rasa di tapak tangan, jari atau lengan atau mana-mana bahagian tubuh yang terasa getaran @ vibrate... itu dah cukup. 

Maksdnya, bila terasa getaran tenaga Reiki tu, maka 'signal diterima' dan bersedia untuk proses dengan cara yang kita sendiri tak tahu. Serahkan saja kepada Allah. Buat selalu sehingga dalaman kita faham apa yang kita nak. Jadi, gerakkerja dalaman akan bekerja dengan caranya tersendiri tanpa perlu kita ambil tahu. 

Ini adalah programming. Bila 'new program' dah 'install' dalam diri, maka ia take time lah sebab komponen-komponen dalaman baru nak 'mesra' dengan program baru ni. Maka bila kita selalu buat, insyaAllah program tu dah tersedia untuk di 'run' bila-bila masa.

Dalam teknik-teknik metafizik seperti Reiki, kuasai minda ni kita kenalah rajin-rajin program diri dengan apa saja yang positif. Kalau tak diprogram kita tetap juga terprogram dengan perkara-perkara di luar seperti contoh pengaruh gang nam style sekarang. Hehehe... 

Jadikan setiap pancaindera seperti telinga, mata, hidung, mulut, lidah, tangan, kaki, fikiran, emosi, hati semuanya dalam kedudukan POSITIF. Jadi positif di sini nak kawal terlalu banyak. Maka semua pancaindera tu tak perlulah kita install program positif satu persatu. 

Kita terus sajalah ke servernya iaitu HATI. Jika HATI itu baik @ positif, maka semua pancaindera itu positiflah. Nak positif HATI tu macam-macam cara. Boleh tanya dan rujuklah kepada ustaz, orang-orang alim. Setiap orang kaedahnya tak sama walau tujuannya sama.

Jika yang berniaga, keyakinan tu kena jaga. Bukan manusia yang ramai, bukan kedai yang cantik, bukan barang yang banyak, bukan ramai pelanggan yang buatkan sale kita bertambah. Itu sebab-sebab saja, jangan terpengaruh dengan pandangan mata kasar.

Pandanglah dengan lebih dalam dan halus, bahawa itu semua gerak-gerak yang digerakkan oleh Allah yang nak beri rezeki melalui pelbagai cara. Sambutlah itu semua dengan hati yang ikhlas dan bersyukur.

Sebabnya, Allah memberi rezeki melalui pelbagai cara. Jangan kita 'set' kan satu-satu cara saja (sbg cth, kalau org ramai, baru sale byk)... sepatutnya keyakinan kita sepenuhnya kepada Allah, nanti lihatlah keajaiban-keajaiban datang dari segenap penjuru dan pelbagai cara. 

p.s. Kaedah ini dari keilmuan metafizik. Jika anda selesa, lakukanlah. Di samping amalan-amalan yang terbiasa sebelumnya seperti solat dhuha, dzikir, doa dsb.

"Allah itu tidak terhad pemberianNYA, tetapi kita saja yg meng-had-kan penerimaan dari pemberianNYA."

No comments: