Di bawah ini adalah AFIRMASI KUNDALINI untuk membuatkan Kundalini anda lebih
aktif lagi. InsyaAllah.
Caranya:
a) Duduk seperti meditasi atau boleh duduk atas sofa@kerusi (Jika atas
sofa@kerusi tapak kaki menyentuh lantai).
b) Tenang
c) Bacalah apa-apa surah@ayat pembuka dan perlindungan
d) Ucap afirmasi di bawah (dalam hati)
e) Pejam mata dan terus meditasi
f) Setiap satu afirmasi selama 1
minit SAHAJA.
g) Boleh buat dalam 1 hari 1x
sahaja. Setiap hari atau seminggu 1x.
AFIRMASI KUNDALINI
1. “Saya niat membuka gulungan kundalini lebih banyak lagi. Gulungan
kundalini terbuka secara automatik. Per satu detik, 999 billion gulungan
kundalini terbuka secara terus dan untuk selamanya.” (Meditasi 1 minit)
2. “Saya niat menaikkan energi kundalini. Energi kundalini naik melalui
jalur sushumna melewati chakra dasar, chakra sex, chakra solar flexus, chakra
jantung, chakra tenggorok, chakra ajna, chakra mahkota. Dan energi kundalini
menyembur amat derasnya keluar melalui chakra mahkota secara terus menerus.”
(Meditasi 1 minit)
3. “Saya niat memutar chakra mahkota berlawanan dengan arah putaran
jarum jam secara terus menerus dengan kecepatan putaran yang telah dipercepat
hingga 999 billion kali lipat.” (Meditasi 1 minit)
*** LATIHAN INI KHUSUS UNTUK YANG DAH BELAJAR KUNDALINI REIKI DARI SAYA
ATAU MANA-MANA MASTER KUNDALINI REIKI LAIN.
Perkataan kundalini memang menakutkan kepada mereka yang
masih baru dalam dunia metafizik. Tetapi seperti yang saya kata sebelum ini,
seperti juga REIKI… dengar nama saja ramai yang tuduh REIKI sebagai sesat,
syirik, guna jin, ilmu sami Buddha dan macam-macam lagi.
Kundalini juga takkan terlepas dari tohmahan dan tuduhan tu.
Kundalini ada yang kaitkan dengan agama hindu. Saya telah rujuk dengan beberapa
guru saya, bahawa tidak ada salahnya dengan kundalini atau reiki ini. HANYA
PADA NAMA SAJA IA BERBEZA, SEDANGKAN IANYA ADALAH ILMU TENTANG TUBUH MANUSIA.
REIKI, KUNDALINI, CAKRA, ILMU MINDA DLL adalah ilmu pengetahuan tentang tubuh dan komponen diri manusia.
Ia bukannya suatu agama, bukannya suatu aliran mazhab, bukan dan bukan semua
tu. Ia adalah ilmu pengetahuan sebagaimana mempelajari ilmu tentang
refleksology, akupuntur.
No comments:
Post a Comment